|
Berkuatkuasa serta merta, setiap permohonan pinjaman perumahan yang diterima mestilah disertakan dengan SLIP GAJI ASAL TIGA (3) BULAN terkini.
Kelulusan pinjaman diberi bagi borang permohonan yang diterima sehingga 31hb Mei, 2009 dalam tempoh peralihan masa melaksanakan syarat ini. Bagaimanapun peminjam perlu menghantar SLIP GAJI ASAL tersebut bersama-sama dengan BORANG SETUJU TERIMA pinjaman (borang berwarna biru) kepada BPP.
Penerimaan borang permohonan pinjaman selepas 31hb Mei, 2009 dengan tidak disertakan SLIP GAJI ASAL TIGA (3) BULAN terkini akan dikuiri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Pentadbiran Am (Dalaman) di talian 03 91455145 atau 03 91455143
|